May 5, 2009

Aku Sayang Abah...Makkk...

Pagi tadi sesuatu peristiwa telah mencuri sedikit ruang dalam naluri ku. Ketika aku melalui di sebuah sekolah aku terlihat gelagat seorang ayah yang hendak memberi duit belanja pada anaknya. Ketika mengeluarkan dompetnya dibelek-belek isi didalamnya. Puas membelek mungkin tak dapat mencari isinya lantas diraba poket seluarnya. Aku perhatikan kiri kanan poketnya diseluk. Aku terus berlalu, tak sanggup menjadi penonton drama pagi itu. Aku sebak sebenarnya. Kenangan zaman persekolahan kembali menjelma. Bertapa susahnya abah dan mak menanggung dan membesarkan kami. Bayangkan seramai lapan anak bersekolah. Pagi-pagi abah akan menghidupkan motor kesayangannya yang memberi kudrat untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan kami sekeluarga. Kadangkala motor tak boleh nak hidup. Biasalah motor tua. Aku ingat lagi Honda 70 warna hitam, sit motor berwarna biru kelabu. Kalau motor tak boleh hidup abah akan tolak hingga ke bukit yang ada tak jauh dari rumah kami dan cuba menghidupkan motor tersebut dengan melunjurkan motor tersebut dengan abah mengawalnya. Ini bagi memudah injin dihidupkan. Begitulah rutin abah setiap hari. Nasib baik mak seorang yang kuat disisi abah. Dengan bakatnya yang pandai memasak dan membuat kuih, kami harungi seluruh kampung dengan bakul penuh berisi kuih. Terjerit-jeritlah kami" Kuih...kuihhh..." tapi kami tak pernah malu. Kami bangga kerana orang lain tak boleh buat tapi kami adik beradik boleh. Kami bangga kerana kami dapat memberi khidmat kepada mak dan abah. Kisah tersebut aku sentiasa terpahat dalam jiwa ini sehingga mati kerana setiap kali abah hendak menghidupkan motornya mata aku akan terbuka walaupun masa ketika itu baru 5.oo pagi. Apabila aku dialam remaja, setiap pergerakan ku sentiasa terkawal dimata abah. Abah seorang lelaki yang tenang, tidak mudah marah tapi kelakar tetapi dengan cucu-cucunya sahaja. Belanja sekolah RM2 tidak pernah buat aku mengeluh walaupun aku aktif disekolah. Sehari disekolah sehingga petang dengan acara yang pelbagai tidak pernah aku kisah. Seringgit untuk belanja dan seringgit lagi untuk tambang sekolah. Ku ikat perut untuk buat abah dan mak tidak risau dengan sikap ku. Adik-beradik sudah lali dengan kesusahan ini dan alhamdullilah mereka mengerti dengan setiap pergorbanan abah dan mak. Mak seorang yang bermulut ganas..lebih ganas dari pengacara melodi. Letaklah Ogy Datuk Ahmad Daud ke. Raja Azura ke..Aznil ke....Din Beramboi sekali pun aku tak kisah, yang pasti mak mesti menang punya...hehehehe...tetapi aku tidak betah selamanya tersenyum kerana abah dah mulai sakit-sakit. Aku sayang abah, aku sayang mak...aku cukup fobia bila ketika abah sakit dulu nak pegang tangannya pun aku tak sanggup kerana bisa katanya. Aku fobia bila mak sakit tempoh hari membuat dia pengsan. Tidak pernah mak mengalami demikian kerana mak seorang yang kuat sekuat hatinya mengharungi cabaran hidup. Aku sayang mereka...aku benar-benar berharap agar aku mampu buat mak dan abah tersenyum sentiasa. Aku mahu abah sihat...aku mahu mak sihattt..."YA ALLAH..aku mohon pada mu, lindungilah mak dan abah sebagai mana mereka melindungi aku dari lahir sehingga kini...Senangkan hati mereka sebagaimana mereka menyenangi hati ku dari dulu. Aku mohon YA ALLAH...Amin"