Sebelum aku memulakan bicara, aku ingin mengucapkan takziah kepada teman ku atau adik lagi senang cakap. Baru 20 minit yang lepas, dia menerima berita atas pemergian ibu tercintanya di Kelantan. Kami baru gelak ketawa tetapi selang beberapa minit kami menangis.
Manie, akak harap kamu tabah dik. Apatah lagi minggu ini adalah sambutan Hari Ibu Sedunia. Tapi takdir sudah tertulis begitu. Kehilangan ibu begitu besar pada kami. Kehilangan itu juga menitiskan airmata mu yang selama ini berat untuk dititiskan dengan perwatakan mu yang seakan lelaki itu.
Manie, jangan menangis sayang. Hapuskan airmata mu itu. Takdir DIA, suratan DIA kita tak mengetahui. Tabah dik. Hari Ibu kali ini memeritkan bagimu dik. Kita sama-sama berdoa moga ibu mu ditempatkan di golongan insan-insan terpilih.
Dik, iringilah pemergiaannya dengan kalimah Tuhan. Moga rohnya dicucuri rahmat. Kami warga Speedy mengucapkan takziah atas apa yang berlaku. Tenangkan jiwa mu dik. Perjalanan mu ke Kelantan harus berhati-hati. Jangan menangis sayang. Janji ibu sudah sampai dan kita sendiri belum tentu lagi. Ingat dik, kuatkan diri mu.
Ikhlas dari kakak tua mu,
Kak Ila.
Andai ada waktu, mampirlah disini untuk menyinggah dan menjengukku. Andai ada waktu, titiplah walau sebutir kata untuk menyatakan kehadiran mu. Andai ada waktu, hadirlah dalam mimpi-mimpiku untuk bersama meniti hari-hari yang berlalu. Tanpa jiwa, tanpa bicara diriku bagaikan kering tanpa ceria. Disini, aku membaling waktu dan disini juga aku mengutip sendu dengan kehadiran mu. Andai ada waktu, jangan kau lupa akan diri ku kerana jiwa mu dan jiwa ku sudah lama bersatu....
May 6, 2011
May 5, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)