October 22, 2010

Semangat

Alhamdullilah akhirnya aku dapat balik semangat ku yang terbang dulu. Hampir empat bulan aku tidak menulis. Otak tidak sanggup memikir. Tetapi kerana DIA tempat ku mencurah rahsia hati dan memohon padaNya agar aku kembali meneliti kerjaya yang terbengkalai sejak dulu. Terima kasih DIA kerana mendengar rintihan hati ku. Pada Nya ku serahkan segalanya agar perjalanan kerjaya ku berarak lancar tanpa mendung ditengahnya. Moga pelangi akan terus menceriakan suasana selepas hujan.

October 21, 2010

Duhai Anak....



Wahai anak, kenapa tegarnya dikau merunsingkan dan membuat ayah dan ibu mu hilang arah. Tidakkah kamu tahu berapa titis airmata ayah dan ibu mu layu dipipi tua mereka. Tidakkah kamu tahu berapa saat ayah dan ibu mu melelapkan mata. Wahai anak, mohonlah keampunan kepada ayah dah ibu mu sayang. Selagi ada mereka selagi itulah kasih sayang mereka tidak pernah terhenti. Wahai anak jiwa dan raga ayah dan ibu bersatu memikirkan mu. Tiap detik hati mereka hanya membicarakan perihal mu, kesihatan mu. Wahai anak...tidak dua dan tiada tiga kasih sayang mereka. Jika ada kepincangan dalam hubungan, mereka lebih berhak untuk bersuara dan aku pasti mereka akan menjadi benteng kepada mu walau apa sekali pun...

October 20, 2010

DOSA SEMALAM



Akhirnya nukilan ku yang kedua akan berada dipasaran. Tidak terkata jiwa ini. Terima kasih abah dan mak kerana tidak pernah serik untuk mendidik ku hingga aku kenal ABC. Jiwa kental mereka harus ku bayar hingga keakhir hayat mereka. Untuk kekasih hati ku, terima kasih jua kerana menyambung tanggungjawab untuk mendidik dan menegur jiwa ini jika ada kepincangan. Tanggungjawab yang besar yang yang diambil alih dari orang tua ku. Bukan calang-calang orang yang boleh mengalas kerana hanya abah dan mak saja yang mengenal hati budi anak ini. Budak yang degil, keras kepala (itu yg dikatakan oleh abah dan kekasih hati)dan setiap keputusan yang keluar dari mulutnya memang susah nak ditarik balik. Tetapi aku ni senang diajak berbincang tau...hehehehe..dah melalut dari tarikh asal ni. Insyallah andai DIA membenarkan aku menulis lagi, aku akan terus menulis. SESUCI KASIH dan KERANA DIA sedang disiapkan oleh ku untuk aturan ku selanjutnya. Wahai teman-teman silalah masuk ke laman ku ini untuk mengetahui apa itu DOSA SEMALAM dan akan berada dipasaran pada November 2010.....

Ni Sinopsis dari Sya...

Aku tersendu kerana itu...Aku terbuang disebabkan kamu…
Hanya nafas mengiringi perjalanan ku…


Kasih sayang lebih bernilai dari berlian segala. Keperibadian yang terjaga menjadikan Nurul Hanim disayangi sentiasa. Walaupun kehidupan tak semewah mana, senyuman tetap terukir di mata semua.

Pelangi yang dinanti mendung pula tiba. Kehadiran Tuan Ariff Aris mengubah segalanya. Tanpa kerelaan titik hitam ditinggalkan si teruna membuat Nurul Hanim merana. Keluarga membuangnya, masyarakat mencemuhnya.

Kemunculan Izan menyelamatkan keadaan tetapi kedukaan masih memburunya. Ketika hati menjeruk rasa, muncul pula Doktor Yusuf cuba mengait cinta dan sekali lagi Nurul Hanim diduga. Hadirnya Aidil Afiq tanpa dipinta belum mampu membuat Nurul Hanim tersenyum sama. Hatinya masih tertanya-tanya dimana silapnya. Hanya dia dan Tuan Ariff Ariss yang tahu siapa yang berdosa.

Nurul Hanim perlu bangkit tetapi bagaimana? Sampai bilakah Nurul Hanim harus hidup dalam dakapan semalam?

Dosa Semalam cuba di rawat tetapi apa kesudahannya hanya terletak ditangan Nurul Hanim. Berjayakah Nurul Hanim menggapai pelangi yang dinanti dan siapakah yang akan merungkai dosa semalam ini?....