Andai ada waktu, mampirlah disini untuk menyinggah dan menjengukku. Andai ada waktu, titiplah walau sebutir kata untuk menyatakan kehadiran mu. Andai ada waktu, hadirlah dalam mimpi-mimpiku untuk bersama meniti hari-hari yang berlalu. Tanpa jiwa, tanpa bicara diriku bagaikan kering tanpa ceria. Disini, aku membaling waktu dan disini juga aku mengutip sendu dengan kehadiran mu. Andai ada waktu, jangan kau lupa akan diri ku kerana jiwa mu dan jiwa ku sudah lama bersatu....
October 20, 2010
DOSA SEMALAM
Akhirnya nukilan ku yang kedua akan berada dipasaran. Tidak terkata jiwa ini. Terima kasih abah dan mak kerana tidak pernah serik untuk mendidik ku hingga aku kenal ABC. Jiwa kental mereka harus ku bayar hingga keakhir hayat mereka. Untuk kekasih hati ku, terima kasih jua kerana menyambung tanggungjawab untuk mendidik dan menegur jiwa ini jika ada kepincangan. Tanggungjawab yang besar yang yang diambil alih dari orang tua ku. Bukan calang-calang orang yang boleh mengalas kerana hanya abah dan mak saja yang mengenal hati budi anak ini. Budak yang degil, keras kepala (itu yg dikatakan oleh abah dan kekasih hati)dan setiap keputusan yang keluar dari mulutnya memang susah nak ditarik balik. Tetapi aku ni senang diajak berbincang tau...hehehehe..dah melalut dari tarikh asal ni. Insyallah andai DIA membenarkan aku menulis lagi, aku akan terus menulis. SESUCI KASIH dan KERANA DIA sedang disiapkan oleh ku untuk aturan ku selanjutnya. Wahai teman-teman silalah masuk ke laman ku ini untuk mengetahui apa itu DOSA SEMALAM dan akan berada dipasaran pada November 2010.....
Ni Sinopsis dari Sya...
Aku tersendu kerana itu...Aku terbuang disebabkan kamu…
Hanya nafas mengiringi perjalanan ku…
Kasih sayang lebih bernilai dari berlian segala. Keperibadian yang terjaga menjadikan Nurul Hanim disayangi sentiasa. Walaupun kehidupan tak semewah mana, senyuman tetap terukir di mata semua.
Pelangi yang dinanti mendung pula tiba. Kehadiran Tuan Ariff Aris mengubah segalanya. Tanpa kerelaan titik hitam ditinggalkan si teruna membuat Nurul Hanim merana. Keluarga membuangnya, masyarakat mencemuhnya.
Kemunculan Izan menyelamatkan keadaan tetapi kedukaan masih memburunya. Ketika hati menjeruk rasa, muncul pula Doktor Yusuf cuba mengait cinta dan sekali lagi Nurul Hanim diduga. Hadirnya Aidil Afiq tanpa dipinta belum mampu membuat Nurul Hanim tersenyum sama. Hatinya masih tertanya-tanya dimana silapnya. Hanya dia dan Tuan Ariff Ariss yang tahu siapa yang berdosa.
Nurul Hanim perlu bangkit tetapi bagaimana? Sampai bilakah Nurul Hanim harus hidup dalam dakapan semalam?
Dosa Semalam cuba di rawat tetapi apa kesudahannya hanya terletak ditangan Nurul Hanim. Berjayakah Nurul Hanim menggapai pelangi yang dinanti dan siapakah yang akan merungkai dosa semalam ini?....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment