Andai ada waktu, mampirlah disini untuk menyinggah dan menjengukku. Andai ada waktu, titiplah walau sebutir kata untuk menyatakan kehadiran mu. Andai ada waktu, hadirlah dalam mimpi-mimpiku untuk bersama meniti hari-hari yang berlalu. Tanpa jiwa, tanpa bicara diriku bagaikan kering tanpa ceria. Disini, aku membaling waktu dan disini juga aku mengutip sendu dengan kehadiran mu. Andai ada waktu, jangan kau lupa akan diri ku kerana jiwa mu dan jiwa ku sudah lama bersatu....
November 25, 2010
Bola Jaring
Teringat zaman kegilaan aku dulu dengan pemainan ini. Setiap petang kalau nak cari aku dipadang sekolah duduk ku sehingga kul 5 ptg. Mak abah dulu tak perlu nak cari anaknya dimana. Tidak macam zaman sekarang ini. Tepi sekolah pun ada shopping complek. Itulah keburukannya. Berbalik pada bola jaring ni, aku rasa setiap murid perempuan wajib mengambil bahagian dalam setiap permainan berkumpulan. Ia dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan. Dan yang penting sifat jati diri yang keras akan wujud dalam diri untuk maju kedepan. Ini bukan tipu2 punya cerita tetapi itu yang aku dapat alami hingga kini. Dengan permainan ini aku boleh bangkit dengan kekuatan. Alhamdullilah. Bayangkan dari darjah satu hingga darjah lima, permainan ini tidak mendapat tempat dalam jiwa ini tetapi bila diperkenalkan pada ku pada darjah enam semangat untuk berjuang dalam permainan ini berkobar-kobar hingga ke sekolah menengah. Dari tingkatan dua aku dah mewakili sekolah sehingga habis sekolah. Pernah main kat singapura, kelantan dan kedah. semangat tu beb. Tetapi mungkin bukan rezeki aku agaknya, dalam pemilihan penapis malaysia aku injure dan tidak dapat beraksi dalam pemilihan itu. aku frust giler. menangis tapi apakan daya kaki aku harus dijaga kalau tidak jadi minah tempanglah jawabnya. Tapi ikhlas ku rasakan hingga kini kalau minta beraksi, hati ku teruja utk melakukannya kerana jiwa ini sudah sebati dengan bola jaring. kadangkala hingga termimpi2 tau..hehehehe...melarat aku ni...wahai anak2 gadis kini ingin ku seru pada kalian, bersukanlah dik dari dok mengadap pc dan mengepos gambar2 yang memuncungkan bibir tu kat FB kerana apa yang kalian cari ada disitu. complete semuanya. betul...
Kereta Idaman ku...
Entah bila agaknya aku dapat melaram dengan kereta ni ek...aku dah bayangkan, pasang radio kuat2 dengan lagu The Power Of Love pastu bukak tingkap. jalan plak kat tepi pantai. angin yang mendayu-dayu meniup wajah ku yang bersih ini. hehehe...beranganlah ko labu. tetapi mana tahukan insyallah satu hari kalau DIA beri rezeki lebih pada ku tak mungkin TIDAK. Tapikan kereta satria biru aku dah lama tak berjalan. Cik abang pun dah bertanya banyak kali, kereta yang dibeli tu nak buat hiasan atau nak bagi orang lain pakai cara percuma ke? terasa malu juga. iyerlah lesen dah bertahun tapi nak jejak Tesco Ampang pun aku tak yakin. bukan apa, bila nak pegang stereng je cik abg aku dah suruh dok sebelah jadi bukan salah aku lah kalau pandu kereta lagi. mungkin dia dah seriau kot bila naik kereta dgn aku. iyerlah ada sekali tu balik kampung, aku masuk simpang tak tekan brek. iyerlah aku sendiri pandu dan boleh agak sama ada nak tekan atau tidak brek. yang penting lain orang lain pemanduannya....
October 22, 2010
Semangat
Alhamdullilah akhirnya aku dapat balik semangat ku yang terbang dulu. Hampir empat bulan aku tidak menulis. Otak tidak sanggup memikir. Tetapi kerana DIA tempat ku mencurah rahsia hati dan memohon padaNya agar aku kembali meneliti kerjaya yang terbengkalai sejak dulu. Terima kasih DIA kerana mendengar rintihan hati ku. Pada Nya ku serahkan segalanya agar perjalanan kerjaya ku berarak lancar tanpa mendung ditengahnya. Moga pelangi akan terus menceriakan suasana selepas hujan.
October 21, 2010
Duhai Anak....
Wahai anak, kenapa tegarnya dikau merunsingkan dan membuat ayah dan ibu mu hilang arah. Tidakkah kamu tahu berapa titis airmata ayah dan ibu mu layu dipipi tua mereka. Tidakkah kamu tahu berapa saat ayah dan ibu mu melelapkan mata. Wahai anak, mohonlah keampunan kepada ayah dah ibu mu sayang. Selagi ada mereka selagi itulah kasih sayang mereka tidak pernah terhenti. Wahai anak jiwa dan raga ayah dan ibu bersatu memikirkan mu. Tiap detik hati mereka hanya membicarakan perihal mu, kesihatan mu. Wahai anak...tidak dua dan tiada tiga kasih sayang mereka. Jika ada kepincangan dalam hubungan, mereka lebih berhak untuk bersuara dan aku pasti mereka akan menjadi benteng kepada mu walau apa sekali pun...
October 20, 2010
DOSA SEMALAM
Akhirnya nukilan ku yang kedua akan berada dipasaran. Tidak terkata jiwa ini. Terima kasih abah dan mak kerana tidak pernah serik untuk mendidik ku hingga aku kenal ABC. Jiwa kental mereka harus ku bayar hingga keakhir hayat mereka. Untuk kekasih hati ku, terima kasih jua kerana menyambung tanggungjawab untuk mendidik dan menegur jiwa ini jika ada kepincangan. Tanggungjawab yang besar yang yang diambil alih dari orang tua ku. Bukan calang-calang orang yang boleh mengalas kerana hanya abah dan mak saja yang mengenal hati budi anak ini. Budak yang degil, keras kepala (itu yg dikatakan oleh abah dan kekasih hati)dan setiap keputusan yang keluar dari mulutnya memang susah nak ditarik balik. Tetapi aku ni senang diajak berbincang tau...hehehehe..dah melalut dari tarikh asal ni. Insyallah andai DIA membenarkan aku menulis lagi, aku akan terus menulis. SESUCI KASIH dan KERANA DIA sedang disiapkan oleh ku untuk aturan ku selanjutnya. Wahai teman-teman silalah masuk ke laman ku ini untuk mengetahui apa itu DOSA SEMALAM dan akan berada dipasaran pada November 2010.....
Ni Sinopsis dari Sya...
Aku tersendu kerana itu...Aku terbuang disebabkan kamu…
Hanya nafas mengiringi perjalanan ku…
Kasih sayang lebih bernilai dari berlian segala. Keperibadian yang terjaga menjadikan Nurul Hanim disayangi sentiasa. Walaupun kehidupan tak semewah mana, senyuman tetap terukir di mata semua.
Pelangi yang dinanti mendung pula tiba. Kehadiran Tuan Ariff Aris mengubah segalanya. Tanpa kerelaan titik hitam ditinggalkan si teruna membuat Nurul Hanim merana. Keluarga membuangnya, masyarakat mencemuhnya.
Kemunculan Izan menyelamatkan keadaan tetapi kedukaan masih memburunya. Ketika hati menjeruk rasa, muncul pula Doktor Yusuf cuba mengait cinta dan sekali lagi Nurul Hanim diduga. Hadirnya Aidil Afiq tanpa dipinta belum mampu membuat Nurul Hanim tersenyum sama. Hatinya masih tertanya-tanya dimana silapnya. Hanya dia dan Tuan Ariff Ariss yang tahu siapa yang berdosa.
Nurul Hanim perlu bangkit tetapi bagaimana? Sampai bilakah Nurul Hanim harus hidup dalam dakapan semalam?
Dosa Semalam cuba di rawat tetapi apa kesudahannya hanya terletak ditangan Nurul Hanim. Berjayakah Nurul Hanim menggapai pelangi yang dinanti dan siapakah yang akan merungkai dosa semalam ini?....
June 15, 2010
Bosan....
Dah lama aku tidak menulis. Sejak baik dari sakit tangan ini bagaikan sudah berhenti menari. Kadang kala semuanya sudah ku siapkan. Laptop, harddisk dan semua kelengkapan sudah ready tetapi jari jemari ni bagaikan tak mahu menari. Idea meronta-ronta untuk bercanda tetapi entah kenapa tenaga menghalang semuanya. Kenapa dengan aku ini. YA ALLAH berilah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan ini. Aku mohon pada mu YA ALLAH! Ingin sekali aku bertanya, mampukah aku menjadi seperti sebelumnya. Aku kaku pada persekitaran. Aku beku pada kedamaian. Bantulah aku wahai teman....
June 6, 2010
Dia - Fauziah Latiff
lagu ini memberi seribu kenangan dalam diri ini. Dimanakah dia, sihatkah dia moga ALLAH sentiasa memelihara kebajikannya...
March 31, 2010
Kenangan Terindah di PBKL 2010 di PWTC
Tahun ini aku mengukir sejarah apa bila di undang sebagai Penulis Siapakah Dihati Ku bertemua peminat dan beramah mesra dengan mereka di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 27hb Mac 2010. Penuh dengan kegembiraan dan senyuman. Jadual sepatutnya dari 11.00 pagi hingga ke 3.00 petang tetapi terpaksa dilanjutkan hingga ke jam 6.00 petang kerana ramai pelanggan yang memenuhi Booth Kaki Novel. Moga bagus business mereka. Aku berharap ditahun hadapan jika dijemput aku lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Salam sayang dari aku untuk semua...
Bersama dengan penulis Baju Pengantin Mak Andam dan 2x5 iaitu Areila Sahimi. Gadis yang penuh dengan keceriaan.
Bersama dengan adik-adik yang bersekolah asrama penuh. Kalau aku tak salah dari daerah Seremban...kalau salah maaf yeh dik...banyak sangat budak-budak dari asrama penuh yang datang...
Bersama kakitangan Kaki Novel yang selama ini banyak menolong aku. Terima kasih tak terhingga pada kalian. Kasihan juga tengok kepenatan yang terlukis di wajah masing-masing. Apa kan daya aku tak dapat nak menolong kerana tugas aku hanya duduk dan sign je....yang bertudung coklat tu adalah Hanni Ramsul..nama yang semakin menyinar di dunia penulisan.
Bersama dengan penulis Baju Pengantin Mak Andam dan 2x5 iaitu Areila Sahimi. Gadis yang penuh dengan keceriaan.
Bersama dengan adik-adik yang bersekolah asrama penuh. Kalau aku tak salah dari daerah Seremban...kalau salah maaf yeh dik...banyak sangat budak-budak dari asrama penuh yang datang...
Bersama kakitangan Kaki Novel yang selama ini banyak menolong aku. Terima kasih tak terhingga pada kalian. Kasihan juga tengok kepenatan yang terlukis di wajah masing-masing. Apa kan daya aku tak dapat nak menolong kerana tugas aku hanya duduk dan sign je....yang bertudung coklat tu adalah Hanni Ramsul..nama yang semakin menyinar di dunia penulisan.
Subscribe to:
Posts (Atom)