Andai ada waktu, mampirlah disini untuk menyinggah dan menjengukku. Andai ada waktu, titiplah walau sebutir kata untuk menyatakan kehadiran mu. Andai ada waktu, hadirlah dalam mimpi-mimpiku untuk bersama meniti hari-hari yang berlalu. Tanpa jiwa, tanpa bicara diriku bagaikan kering tanpa ceria. Disini, aku membaling waktu dan disini juga aku mengutip sendu dengan kehadiran mu. Andai ada waktu, jangan kau lupa akan diri ku kerana jiwa mu dan jiwa ku sudah lama bersatu....
June 15, 2010
Bosan....
Dah lama aku tidak menulis. Sejak baik dari sakit tangan ini bagaikan sudah berhenti menari. Kadang kala semuanya sudah ku siapkan. Laptop, harddisk dan semua kelengkapan sudah ready tetapi jari jemari ni bagaikan tak mahu menari. Idea meronta-ronta untuk bercanda tetapi entah kenapa tenaga menghalang semuanya. Kenapa dengan aku ini. YA ALLAH berilah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan ini. Aku mohon pada mu YA ALLAH! Ingin sekali aku bertanya, mampukah aku menjadi seperti sebelumnya. Aku kaku pada persekitaran. Aku beku pada kedamaian. Bantulah aku wahai teman....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
akak pelangi pagi, saya suke baca novel siapakah di hatiku. best sesangat... kalau la ia realiti bukannya imaginasi.. anyway, saya tabik la kat akak sbb wat novel yg gempak cam tu. 3 kali tau saya baca.
Post a Comment