May 5, 2011

Aleya Aneesa



Bersama Aleya Aneesa...teman lama di Teratak Anna Abadi

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011



Book mark dari paperclip


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang diadakan pada 24hb April 2011 hingga 1hb Mei 2011 sudah tamat. Ini adalah salah satu cenderahati untuk pengikut novel ku. Banyak juga luaknya. Terima kasih semua. Sempat juga aku memborong novel-novel terkini dan yang tertinggal itu.

April 19, 2011

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada 24hb April - 1hb Mei 2011



Seperti yang dijanjikan, aku kembali lagi tahun ini. Kembali bertemu teman-teman yang setia dengan ku. Jadual dah keluar so insyallah dapatlah kita bertemu nanti. Dan aku ada sesuatu untuk teman-teman ku. Tak mahal tapi hasil dr tangan ku sendiri. Tetapi aku seperti biasa tiada buku untuk diwar-warkan. Biasalah buku ku selalu keluar hujung tahun jadi dah basi. Hope nanti kita boleh bertemu nanti. Jumpa disana....

April 7, 2011

DOSA SEMALAM



Alhamdullilah...Dosa Semalam mendapat sambutan mengalakkan dari pembaca. Insyallah ia menyuntik semangat ku untuk berkarya lagi walau dalam keadaan yang sedikit tersasar. Aku harus bangun untuk itu. Teman-teman, kuatkan pegangan mu pada tangan ku untuk aku memaut. Aku mesti berjaya demi cita-cita ku. Mak, abah, kekasih ku, anak-anak ku dan orang yang menyayangi aku. Pinta ku beri aku sokongan padu untuk aku terus melangkah. Insyallah. YA ALLAH, terima kasih atas apa yang berikan setelah aku menempuh jalan yang sukar dulu.

April 1, 2011

Pesta Buku Antarabangsa 2011



Tarikh : 24hb April 2011 sehingga 1hb Mei 2011

Tempat : PWTC, Kuala Lumpur.

Pesta Buku Antarabangsa 2011 kembali lagi. Seperti tahun-tahun sudah, pengemar buku akan mengempur PWTC tak kira hujan atau panas. Segalanya reda. Aku juga begitu. Pengemar-pengemar ini yang kebanyakan dari kaum perempuan akan melupakan shopping complex buat seketika. Jadi dalam jangka itu tokey shopping complex akan mengigit kukulah. Untuk kaum lelaki, minta kerjasama untuk memberi ruang dan kelonggaran pada kaum perempuan berada dibandaraya pada tarikh tersebut. Minta kaum lelaki duduk rumah jaga anak atau apa saja tanggungjawab yang selama ini dilakukan oleh para kuam perempuan ini. Hehehe...jangan mara naaa..nanti kena jual kat Pesta Buku...Seperti tahun sebelumnya aku akan turun padang untuk bertugas. Jadual waktu sudah dipastikan jadi jumpa anda pada 1hb Mei 2011 di booth Kaki Novel. Maaf peta tak dapat lagi....hehehe..jumpa anda disana...

February 21, 2011

Mari Bersama Aku dan Kaki Novel (Untuk Ahli KN)



Marilah bersama dengan sya dan ahli Kaki Novel pada hari Ahad ini bersamaan 27hb Feb 2011 di Perkarangan Tasik Titiwangsa. Kaki Novel berbesar hati untuk mengadakan perjumpaan ahli Kaki Novel dan penulisnya iaitu Hanni Ramsul, llya Abdullah dan aku sendiri. Sesi ramah mesra dan aktiviti sampingan juga ada sekali. Marilah..marilah...Jika ada sesiapa nak join dan belum menjadi ahli silalah ke facebook KN. search je KELAB KAKI NOVEL..

January 21, 2011

Aku Kembali...

Alhamdullilah aku kembali lagi setelah diduga. Alhamdullilah aku dapat menulis lagi, walau hanya beberapa ayat. Doakan aku wahai teman. Moga tangan ku bisa menari dan menari untuk menghasilkan karya bagi membuat kalian tersenyum. Doakan aku teman, moga jari jemari ini lancar mengetuk papan ke kunci ini. Aku tanamkan semangat dan semangat. Aku mesti kuat bagi mengejar impian dan cita-cita mak dan abah. Ya ALLAH ya Tuhan ku, restuilah apa yang ingin ku khabar dan apa yang ku pinta. Aku moga hanya sedikit kekuatan untuk aku berjuang demi abah dan mak. Kekasih hati terima kasih masih setia berdiri disisi ku, menemani lena ku yang sering kali terganggu.Kasih sayang mu tidak pernah luput bersulam dengan semangat yang kau tiupkan. Terima kasih atas kasih sayang mu itu. Insyallah aku akan kuat sekuat aku yang dulu. amin...

November 25, 2010

Bola Jaring



Teringat zaman kegilaan aku dulu dengan pemainan ini. Setiap petang kalau nak cari aku dipadang sekolah duduk ku sehingga kul 5 ptg. Mak abah dulu tak perlu nak cari anaknya dimana. Tidak macam zaman sekarang ini. Tepi sekolah pun ada shopping complek. Itulah keburukannya. Berbalik pada bola jaring ni, aku rasa setiap murid perempuan wajib mengambil bahagian dalam setiap permainan berkumpulan. Ia dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan. Dan yang penting sifat jati diri yang keras akan wujud dalam diri untuk maju kedepan. Ini bukan tipu2 punya cerita tetapi itu yang aku dapat alami hingga kini. Dengan permainan ini aku boleh bangkit dengan kekuatan. Alhamdullilah. Bayangkan dari darjah satu hingga darjah lima, permainan ini tidak mendapat tempat dalam jiwa ini tetapi bila diperkenalkan pada ku pada darjah enam semangat untuk berjuang dalam permainan ini berkobar-kobar hingga ke sekolah menengah. Dari tingkatan dua aku dah mewakili sekolah sehingga habis sekolah. Pernah main kat singapura, kelantan dan kedah. semangat tu beb. Tetapi mungkin bukan rezeki aku agaknya, dalam pemilihan penapis malaysia aku injure dan tidak dapat beraksi dalam pemilihan itu. aku frust giler. menangis tapi apakan daya kaki aku harus dijaga kalau tidak jadi minah tempanglah jawabnya. Tapi ikhlas ku rasakan hingga kini kalau minta beraksi, hati ku teruja utk melakukannya kerana jiwa ini sudah sebati dengan bola jaring. kadangkala hingga termimpi2 tau..hehehehe...melarat aku ni...wahai anak2 gadis kini ingin ku seru pada kalian, bersukanlah dik dari dok mengadap pc dan mengepos gambar2 yang memuncungkan bibir tu kat FB kerana apa yang kalian cari ada disitu. complete semuanya. betul...

Kereta Idaman ku...



Entah bila agaknya aku dapat melaram dengan kereta ni ek...aku dah bayangkan, pasang radio kuat2 dengan lagu The Power Of Love pastu bukak tingkap. jalan plak kat tepi pantai. angin yang mendayu-dayu meniup wajah ku yang bersih ini. hehehe...beranganlah ko labu. tetapi mana tahukan insyallah satu hari kalau DIA beri rezeki lebih pada ku tak mungkin TIDAK. Tapikan kereta satria biru aku dah lama tak berjalan. Cik abang pun dah bertanya banyak kali, kereta yang dibeli tu nak buat hiasan atau nak bagi orang lain pakai cara percuma ke? terasa malu juga. iyerlah lesen dah bertahun tapi nak jejak Tesco Ampang pun aku tak yakin. bukan apa, bila nak pegang stereng je cik abg aku dah suruh dok sebelah jadi bukan salah aku lah kalau pandu kereta lagi. mungkin dia dah seriau kot bila naik kereta dgn aku. iyerlah ada sekali tu balik kampung, aku masuk simpang tak tekan brek. iyerlah aku sendiri pandu dan boleh agak sama ada nak tekan atau tidak brek. yang penting lain orang lain pemanduannya....

October 22, 2010

Semangat

Alhamdullilah akhirnya aku dapat balik semangat ku yang terbang dulu. Hampir empat bulan aku tidak menulis. Otak tidak sanggup memikir. Tetapi kerana DIA tempat ku mencurah rahsia hati dan memohon padaNya agar aku kembali meneliti kerjaya yang terbengkalai sejak dulu. Terima kasih DIA kerana mendengar rintihan hati ku. Pada Nya ku serahkan segalanya agar perjalanan kerjaya ku berarak lancar tanpa mendung ditengahnya. Moga pelangi akan terus menceriakan suasana selepas hujan.

October 21, 2010

Duhai Anak....



Wahai anak, kenapa tegarnya dikau merunsingkan dan membuat ayah dan ibu mu hilang arah. Tidakkah kamu tahu berapa titis airmata ayah dan ibu mu layu dipipi tua mereka. Tidakkah kamu tahu berapa saat ayah dan ibu mu melelapkan mata. Wahai anak, mohonlah keampunan kepada ayah dah ibu mu sayang. Selagi ada mereka selagi itulah kasih sayang mereka tidak pernah terhenti. Wahai anak jiwa dan raga ayah dan ibu bersatu memikirkan mu. Tiap detik hati mereka hanya membicarakan perihal mu, kesihatan mu. Wahai anak...tidak dua dan tiada tiga kasih sayang mereka. Jika ada kepincangan dalam hubungan, mereka lebih berhak untuk bersuara dan aku pasti mereka akan menjadi benteng kepada mu walau apa sekali pun...

October 20, 2010

DOSA SEMALAM



Akhirnya nukilan ku yang kedua akan berada dipasaran. Tidak terkata jiwa ini. Terima kasih abah dan mak kerana tidak pernah serik untuk mendidik ku hingga aku kenal ABC. Jiwa kental mereka harus ku bayar hingga keakhir hayat mereka. Untuk kekasih hati ku, terima kasih jua kerana menyambung tanggungjawab untuk mendidik dan menegur jiwa ini jika ada kepincangan. Tanggungjawab yang besar yang yang diambil alih dari orang tua ku. Bukan calang-calang orang yang boleh mengalas kerana hanya abah dan mak saja yang mengenal hati budi anak ini. Budak yang degil, keras kepala (itu yg dikatakan oleh abah dan kekasih hati)dan setiap keputusan yang keluar dari mulutnya memang susah nak ditarik balik. Tetapi aku ni senang diajak berbincang tau...hehehehe..dah melalut dari tarikh asal ni. Insyallah andai DIA membenarkan aku menulis lagi, aku akan terus menulis. SESUCI KASIH dan KERANA DIA sedang disiapkan oleh ku untuk aturan ku selanjutnya. Wahai teman-teman silalah masuk ke laman ku ini untuk mengetahui apa itu DOSA SEMALAM dan akan berada dipasaran pada November 2010.....

Ni Sinopsis dari Sya...

Aku tersendu kerana itu...Aku terbuang disebabkan kamu…
Hanya nafas mengiringi perjalanan ku…


Kasih sayang lebih bernilai dari berlian segala. Keperibadian yang terjaga menjadikan Nurul Hanim disayangi sentiasa. Walaupun kehidupan tak semewah mana, senyuman tetap terukir di mata semua.

Pelangi yang dinanti mendung pula tiba. Kehadiran Tuan Ariff Aris mengubah segalanya. Tanpa kerelaan titik hitam ditinggalkan si teruna membuat Nurul Hanim merana. Keluarga membuangnya, masyarakat mencemuhnya.

Kemunculan Izan menyelamatkan keadaan tetapi kedukaan masih memburunya. Ketika hati menjeruk rasa, muncul pula Doktor Yusuf cuba mengait cinta dan sekali lagi Nurul Hanim diduga. Hadirnya Aidil Afiq tanpa dipinta belum mampu membuat Nurul Hanim tersenyum sama. Hatinya masih tertanya-tanya dimana silapnya. Hanya dia dan Tuan Ariff Ariss yang tahu siapa yang berdosa.

Nurul Hanim perlu bangkit tetapi bagaimana? Sampai bilakah Nurul Hanim harus hidup dalam dakapan semalam?

Dosa Semalam cuba di rawat tetapi apa kesudahannya hanya terletak ditangan Nurul Hanim. Berjayakah Nurul Hanim menggapai pelangi yang dinanti dan siapakah yang akan merungkai dosa semalam ini?....

June 15, 2010

Bosan....

Dah lama aku tidak menulis. Sejak baik dari sakit tangan ini bagaikan sudah berhenti menari. Kadang kala semuanya sudah ku siapkan. Laptop, harddisk dan semua kelengkapan sudah ready tetapi jari jemari ni bagaikan tak mahu menari. Idea meronta-ronta untuk bercanda tetapi entah kenapa tenaga menghalang semuanya. Kenapa dengan aku ini. YA ALLAH berilah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan ini. Aku mohon pada mu YA ALLAH! Ingin sekali aku bertanya, mampukah aku menjadi seperti sebelumnya. Aku kaku pada persekitaran. Aku beku pada kedamaian. Bantulah aku wahai teman....

June 6, 2010

Dia - Fauziah Latiff

lagu ini memberi seribu kenangan dalam diri ini. Dimanakah dia, sihatkah dia moga ALLAH sentiasa memelihara kebajikannya...

March 31, 2010

Kenangan Terindah di PBKL 2010 di PWTC

Tahun ini aku mengukir sejarah apa bila di undang sebagai Penulis Siapakah Dihati Ku bertemua peminat dan beramah mesra dengan mereka di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 27hb Mac 2010. Penuh dengan kegembiraan dan senyuman. Jadual sepatutnya dari 11.00 pagi hingga ke 3.00 petang tetapi terpaksa dilanjutkan hingga ke jam 6.00 petang kerana ramai pelanggan yang memenuhi Booth Kaki Novel. Moga bagus business mereka. Aku berharap ditahun hadapan jika dijemput aku lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Salam sayang dari aku untuk semua...

Bersama dengan penulis Baju Pengantin Mak Andam dan 2x5 iaitu Areila Sahimi. Gadis yang penuh dengan keceriaan.














Bersama dengan adik-adik yang bersekolah asrama penuh. Kalau aku tak salah dari daerah Seremban...kalau salah maaf yeh dik...banyak sangat budak-budak dari asrama penuh yang datang...














Bersama kakitangan Kaki Novel yang selama ini banyak menolong aku. Terima kasih tak terhingga pada kalian. Kasihan juga tengok kepenatan yang terlukis di wajah masing-masing. Apa kan daya aku tak dapat nak menolong kerana tugas aku hanya duduk dan sign je....yang bertudung coklat tu adalah Hanni Ramsul..nama yang semakin menyinar di dunia penulisan.

October 26, 2009

Apa Nak Jadi....

Aku rasa entah apa nak jadi dengan diri ini. Semua yang ku lakukan terbengkalai seketika. Nape jadi camni. Penyakit baru dah melanda diri ini. Sepanjang aku menulis penyakit ini belum pernah hinggap dalam kepala otak ini....Aduhhh...masak aku kali ini...ubat..ubat dimana ko ubat...help me!!!..help me!!...

August 27, 2009

Apa Cerita...

Kadang kala aku pelik dengan masyarakat sekeliling ini. Kenapa sering menjadikan puasa sebagai satu alasan untuk melakukan sesuatu. Bagi aku dengan puasalah kerja kita menjadi lebih tenang. Tak semestinya dengan puasa kerja semua tak boleh jalan. Renungkanlah dan fikirkanlah, benarkah puasa membuat kita cepat melatah dan panas badan. Itu semua fikiran yang mengawal pergerakan bukan tenaga yang menguasai keadaan. Pelik memang pelik bila alasan puasa yang diberikan. Mereka ingat mereka sahaja berpuasa dan aku ni tak puasa ke? aii...manusia...tepuk dada tanyalah hati dan perasaan anda....moga ALLAH memberikan aku ketenangan dan kedamaian dalam menjalani ibadah in..amin..

August 24, 2009

Siapakah DiHati Ku....

Photobucket


Ini lah hasil ku yang pertama. Hasil dari keringat abah dan mak yang membesarkan ku. Aku bangga menjadi anak mereka yang mendidik ku hingga kita.
Cetusan cerita ini ku abadikan juga untuk kekasih hati ku...tanpa mu memberi waktu untuk ku tiadalah ruang untuk ku bersendu...

May 5, 2009

Aku Sayang Abah...Makkk...

Pagi tadi sesuatu peristiwa telah mencuri sedikit ruang dalam naluri ku. Ketika aku melalui di sebuah sekolah aku terlihat gelagat seorang ayah yang hendak memberi duit belanja pada anaknya. Ketika mengeluarkan dompetnya dibelek-belek isi didalamnya. Puas membelek mungkin tak dapat mencari isinya lantas diraba poket seluarnya. Aku perhatikan kiri kanan poketnya diseluk. Aku terus berlalu, tak sanggup menjadi penonton drama pagi itu. Aku sebak sebenarnya. Kenangan zaman persekolahan kembali menjelma. Bertapa susahnya abah dan mak menanggung dan membesarkan kami. Bayangkan seramai lapan anak bersekolah. Pagi-pagi abah akan menghidupkan motor kesayangannya yang memberi kudrat untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan kami sekeluarga. Kadangkala motor tak boleh nak hidup. Biasalah motor tua. Aku ingat lagi Honda 70 warna hitam, sit motor berwarna biru kelabu. Kalau motor tak boleh hidup abah akan tolak hingga ke bukit yang ada tak jauh dari rumah kami dan cuba menghidupkan motor tersebut dengan melunjurkan motor tersebut dengan abah mengawalnya. Ini bagi memudah injin dihidupkan. Begitulah rutin abah setiap hari. Nasib baik mak seorang yang kuat disisi abah. Dengan bakatnya yang pandai memasak dan membuat kuih, kami harungi seluruh kampung dengan bakul penuh berisi kuih. Terjerit-jeritlah kami" Kuih...kuihhh..." tapi kami tak pernah malu. Kami bangga kerana orang lain tak boleh buat tapi kami adik beradik boleh. Kami bangga kerana kami dapat memberi khidmat kepada mak dan abah. Kisah tersebut aku sentiasa terpahat dalam jiwa ini sehingga mati kerana setiap kali abah hendak menghidupkan motornya mata aku akan terbuka walaupun masa ketika itu baru 5.oo pagi. Apabila aku dialam remaja, setiap pergerakan ku sentiasa terkawal dimata abah. Abah seorang lelaki yang tenang, tidak mudah marah tapi kelakar tetapi dengan cucu-cucunya sahaja. Belanja sekolah RM2 tidak pernah buat aku mengeluh walaupun aku aktif disekolah. Sehari disekolah sehingga petang dengan acara yang pelbagai tidak pernah aku kisah. Seringgit untuk belanja dan seringgit lagi untuk tambang sekolah. Ku ikat perut untuk buat abah dan mak tidak risau dengan sikap ku. Adik-beradik sudah lali dengan kesusahan ini dan alhamdullilah mereka mengerti dengan setiap pergorbanan abah dan mak. Mak seorang yang bermulut ganas..lebih ganas dari pengacara melodi. Letaklah Ogy Datuk Ahmad Daud ke. Raja Azura ke..Aznil ke....Din Beramboi sekali pun aku tak kisah, yang pasti mak mesti menang punya...hehehehe...tetapi aku tidak betah selamanya tersenyum kerana abah dah mulai sakit-sakit. Aku sayang abah, aku sayang mak...aku cukup fobia bila ketika abah sakit dulu nak pegang tangannya pun aku tak sanggup kerana bisa katanya. Aku fobia bila mak sakit tempoh hari membuat dia pengsan. Tidak pernah mak mengalami demikian kerana mak seorang yang kuat sekuat hatinya mengharungi cabaran hidup. Aku sayang mereka...aku benar-benar berharap agar aku mampu buat mak dan abah tersenyum sentiasa. Aku mahu abah sihat...aku mahu mak sihattt..."YA ALLAH..aku mohon pada mu, lindungilah mak dan abah sebagai mana mereka melindungi aku dari lahir sehingga kini...Senangkan hati mereka sebagaimana mereka menyenangi hati ku dari dulu. Aku mohon YA ALLAH...Amin"